Angka Penggunaan Twitter Dilaporkan Menurun – Apatah Lagi Dengan Pelancaran Threads

TechnologyDigital
11 Jul 2023 • 6:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter merupakan salah satu laman sosial yang sering dituju dalam mendapatkan informasi terkini, termasuk berita – selain turut membincangkan sejumlah perkara melaluinya secara terbuka melibatkan ramai orang. Sejak diambil-alih oleh Elon Musk, Twitter memperlihatkan pelbagai perubahan, membuatkan ada pengguna yang tidak berapa menyukai langkah yang diambil – sekaligus menuju ke platform-platform alternatif lain.

image is not available

Namun, sebelum pengenalan Threads, Twitter tidak mempunyai pesaing yang begitu kuat dan stabil, dan segalanya berubah selepas pelancaran Threads pada minggu lepas oleh Meta. Ia hanya mengambil masa sekitar 5 hari untuk mencapai angka 100 juta akaun pengguna.

Peralihan ini menjadi lebih pantas apabila Twitter sendiri menghadapi krisis pada minggu lepas dengan perubahan pada had penggunaan, disamping perubahan pada TweetDeck.

Pihak Cloudflare berkongsi menyatakan trafik ke Twitter dilihat berkurangan dari hari ke hari. Disamping itu, kini SimilarWeb turut menyatakan trafik dan penggunaan Twitter semakin menurun dari hari ke hari. Malah, trafik ke web jatuh 5% pada minggu pelancaran Threads. Jikalau dibandingkan antara tahun, ia jatuh sehingga 11% pada minggu lepas.

Kesetiaan pengguna dalam menggunakan Twitter juga dikatakan berkurangan berbanding sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak Twitter akan mengatasi perkara ini, dan menarik kembali pengguna ke platform mereka – disamping terus memperkembangkannya lagi.

Untuk Threads sendiri, ia masih pada peringkat awal pengenalan – dan masih belum dilancarkan sepenuhnya di Eropah. Mungkin dengan pemasaran dan promos melalui Instagram dan Facebook kelak, kita akan melihat Threads dapat terus mengatasi angka pengguna aktif Twitter dalam masa terdekat.

Kali terakhir, ia dikatakan Twitter mempunyai sekitar 238 juta pengguna aktif harian.