Angkasawan Pertama Ke Marikh Menggunakan Starship Ialah Bilionwan Kripto

WorldSpace
26 May 2026 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Angkasawan Pertama Ke Marikh Menggunakan Starship Ialah Bilionwan Kripto

Awal Sabtu lalu kapal angkasa Starship V3 berjaya melakukan ujian pelancaran, melancarkan 22 satelit Starlink dan kemudian kembali ke bumi. Ia adalah ujian pelancaran ke 12 Starship dengan sasaran ia akan digunakan untuk Misi Artemis menerusi NASA dan ke Marikh menerusi misi SpaceX sendiri.

Image from: Angkasawan Pertama Ke Marikh Menggunakan Starship Ialah Bilionwan Kripto

Walapun Starship masih belum boleh benar-benar berfungsi membawa krew ke misi angkasa lepas, SpaceX telah mengumumkan angkasawan pertama yang akan pergi mengelilingi Marikh menggunakannya. Chun Wang seorang bilionwan kripto diumumkan sebagai krew pertama misi ini. Namun begitu SpaceX belum lagi memberikan tarikh bila misi ini akan dilakukan dan siapakah angkasawan lain yang akan pergi bersama Chun Wang.

SpaceX seakan yakin misi ke Marikh mampu dilakukan walaupun sebelum ini misi Dear Moon yang ingin mengelilingi bulan telah dibatalkan. Menurut rancangan yang diumumkan pada tahun 2018, Dear Moon akan membawa bilionwan Jepun Yusaku Maezawa serta lapan lagi krew terdiri daripada DJ Steve Aoki dan bintang KPOP TOP (Choi Seung Hyun) menjelang 2023. Selepas Starship gagal mencapai garis masa yang diberikan misi dibatalkan oleh Maezawa pada tahun 2024.