Angkatan Pertahanan Awam tangkap anak buaya

5 Jun 2026 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Angkatan Pertahanan Awam tangkap anak buaya

KUNAK: Seekor anak buaya dianggarkan sepanjang satu meter ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kawasan penempatan atas air Kg Kunak Jaya Laut di sini, Khamis.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) agensi itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk kampung mengenai kehadiran seekor anak buaya di penempatan terbabit.

“Apabila tiba di lokasi, sepasukan anggota Skuad Alpha APM segera membuat perimeter keselamatan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini,” kata agensi itu dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.

Agensi itu turut menghargai kerjasama penduduk khususnya dalam memberi sebarang maklumat dengan pantas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved