Ular sawa batik 20 kilogram ditemui dalam reban ayam

23 May 2026 • 4:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Ular sawa batik 20 kilogram ditemui dalam reban ayam

Tuaran: Seekor ular sawa batik seberat kira-kira 20 kilogram berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran selepas ditemui melingkar di dalam reban ayam di Taman Jelita 2, Jumaat.

Pegawai APM Daerah Tuaran dan Unit Tamparuli Nur Azierah Alang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.31 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menangkap ular.

Menurutnya, pengadu dikatakan ternampak reptilia berkenaan menyusur masuk ke kawasan belakang rumah sebelum bersembunyi di dalam reban ayam.

“Bimbang akan keselamatan ahli keluarga, pengadu segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua skuad operasi PBT (PA) Raman Ismail bersama empat anggota kemudian menjalankan pemeriksaan di kawasan belakang rumah pengadu sebelum menemui seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira tiga meter dalam keadaan agresif di dalam kandang ayam.

“Pasukan berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat sebelum dilepaskan semula ke kawasan yang tidak berpenduduk,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.36 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan empat penghuni rumah terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita dewasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved