Anifah dilantik penasihat khas Ketua Menteri Sabah

LocalPolitics
30 Jan 2023 • 9:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hajiji (kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Anifah di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Watikah pelantikan bekas Ahli Parlimen Kimanis itu diserahkan oleh Hajiji di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu pada Isnin.

Hajiji yakin bahawa pengalaman luas Anifah dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan Sabah dalam menjalin hubungan baik dengan negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar kerajaan mesra pelabur.

Anifah, 69, hampir 10 tahun menjawat jawatan sebagai Menteri Luar Negeri ketika di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Dalam kunjungan itu, Arthur telah memberi taklimat ringkas mengenai projek kerjasama Mosti dengan jabatan dan agensi negeri serta program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji dalam pada itu, mahu Mosti menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah bagi merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi.

Ini termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved