Anjing liar hanya makan sisa makanan

8 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anjing liar hanya makan sisa makanan

BATU PAHAT – Kumpulan anjing liar yang menyerang kanak-kanak berusia dua tahun di dae­rah ini pada Sabtu lalu berkeliaran mencari sisa buangan untuk dimakan, bukannya diberi makan oleh penduduk.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Wak, 58, berkata, haiwan liar itu tinggal di kawasan belukar di hadapan rumah keluarga mangsa sejak awal tahun ini.

Katanya, terdapat sekurang-kurangnya enam anjing liar berkeliaran di kawasan tersebut termasuk berhampiran rumah penduduk.

“Bukan kami yang beri makan kepada anjing-anjing tersebut. Haiwan itu makan sisa buangan yang dibuang tidak jauh dari rumah.

“Masalah kehadiran anjing liar ini sudah lama berlaku dan kami juga pernah mengadu perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan, namun tindakan masih belum diambil,” katanya ketika ditemui semalam.

Wak berkata, kejadian menim­pa Nur Haira Watikah Mohammad Hamidi, 2, yang berlaku kira-kira 10 meter dari rumah keluarganya begitu mengejutkan penduduk.

Ini kerana, ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dipercayai keluar dari rumah tanpa disedari ahli keluarganya.

Tambah Wak, kebimbangan penduduk kini semakin memuncak apabila kumpulan anjing liar tersebut masih lagi berkeliaran di kawasan rumah penduduk setakat semalam.

“Kami mahu tindakan segera dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Jangan sampai kejadian sama berulang. Jangan hanya bertindak jika ada mang­sa,” katanya.

The post Anjing liar hanya makan sisa makanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved