Abang Nur Haira kini trauma susulan cuba selamatkan adik diserang lima anjing liar

8 Sep 2026 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Cubaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menyelamatkan adiknya yang diterkam lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Sabtu lalu, meninggalkan kesan trauma kepada dirinya.

Ibu mangsa, Nur Wahyuni Harun, 36, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu bertindak cuba menghalau haiwan terbabit selepas melihat adiknya, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2 tahun 10 bulan, diserang.

Image from: Abang Nur Haira kini trauma susulan cuba selamatkan adik diserang lima anjing liar

Menurutnya, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu bukan sahaja mencederakan Nur Haira, malah memberi kesan emosi kepada abang mangsa yang beberapa kali menangis setiap kali teringat semula insiden berkenaan.

“Bila saya telefon tanya, abang okey tak? Adiknya kata abang menangis.
“Mungkin bila dia hendak pejam mata pun, dia teringat kejadian itu. Saya di sini, dia di sana (Batu Pahat). Nak peluk pun tak boleh,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Nur Wahyuni berkata, ketika kejadian, dia dan suaminya, Mohamad Hamizi Hamdan, 37, yang bekerja sebagai penyelenggara, baru sahaja memulakan perjalanan ke Johor Bahru untuk berniaga.

Bagaimanapun, perjalanan mereka terhenti selepas menerima panggilan daripada keluarga kira-kira pukul 7.20 pagi yang memaklumkan anak mereka diserang anjing, menyebabkan pasangan itu berpatah balik ke Batu Pahat.

Image from: Abang Nur Haira kini trauma susulan cuba selamatkan adik diserang lima anjing liar

“Saya dan suami keluar rumah pukul 6.50 pagi dan menerima panggilan kira-kira pukul 7.20 pagi. Saya terus berpatah balik.
“Saya cukup sedih sebab kejadian itu berlaku pada hari jadi saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nur Wahyuni berkata, dia dan suami masih belum dapat pulang sepenuhnya ke Batu Pahat kerana perlu berada di Hospital Sultanah Aminah bagi menemani Nur Haira yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Keadaan tersebut turut menyebabkan mereka sekeluarga hilang selera makan, selain abang mangsa masih terkesan dengan kejadian yang berlaku.

“Anak saya (abang mangsa) pun tidak makan. Saya dengan suami pun sudah tidak lalu makan,” ujarnya

Menurut Nur Wahyuni, Nur Haira mengalami kecederaan serius, khususnya pada bahagian kepala dan pipi, selain mengalami luka di hampir seluruh anggota badan akibat serangan berkenaan.

Artikel lain: Lima anjing liar serang adik Haira diburu! Status rabies jadi kebimbangan

Katanya, beberapa luka pada bahagian belakang tubuh anaknya telah dijahit selepas menjalani pembedahan pertama.

Tambahnya, doktor kini masih memantau keadaan Nur Haira sebelum prosedur seterusnya dapat diteruskan.

Sumber: Kosmo (Mohd Sharkawi Loding)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved