Anjing liar ‘serang’ kereta, ancam keselamatan penduduk Flat Seri Mulia

27 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anjing liar ‘serang’ kereta, ancam keselamatan penduduk Flat Seri Mulia

PETALING JAYA – Penduduk di Flat Seri Mulia di Cheras merayu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil tindakan ke atas anjing liar di kawasan berkenaan.

Ini kerana dakwa penduduk, haiwan itu bukan sahaja menggangu penduduk, malah turut merosakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang penduduk dikenali sebagai Wawa_jaafar berkata, pihaknya telah membuat laporan rasmi kepada pihak DBKL. berkaitan isu tersebut sebelum ini.

Namun katanya, setakat ini masih belum ada tindakan daripada pihak berkuasa.

“Anjing liar di kawasan Flat Seri Mulia makin membimbangkan. Laporan di website DBKL dah dibuat, tapi masih tiada tindakan.

“Waktu pagi budak-budak nak pergi sekolah pun dikejar anjing. Penduduk nak keluar masuk pun takut sebab kawasan ni merupakan jalan utama keluar masuk flat,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, keretanya juga turut menjadi ‘mangsa’ kepada anjing liar tersebut.

“Kereta saya sendiri dipanjat anjing semalam 25/9 sampai dashcam (kamera papan pemuka) belakang rosak.

“Mohon DBKL ambil tindakan segera sebelum ada penduduk, terutama kanak-kanak, yang cedera,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Anjing liar ‘serang’ kereta, ancam keselamatan penduduk Flat Seri Mulia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved