Pulau, pedalaman Terengganu dijamin cukup barang keperluan musim tengkujuh

26 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pulau, pedalaman Terengganu dijamin cukup barang keperluan musim tengkujuh

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuat persiapan awal memastikan barangan keperluan bagi penduduk rangkaian pulau dan pedalaman di Terengganu sentiasa mencukupi sepanjang tempoh musim tengkujuh nanti.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, perancangan penghantaran ke kawasan pulau dan pedalamam itu telah mula dilakukan pada masa ini menerusi program Pengedaran Barang Perlu.

“Tiga kawasan terlibat di negeri ini iaitu Pulau Redang, di sini; Pulau Perhentian, Besut; dan Pasir Raja, Hulu Dungun.

“Ia melibatkan tujuh barangan iaitu beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak, tong gas memasak, petrol RON95 dan diesel,” katanya di Kampung Baharu Pulau Redang, dekat sini, hari ini.

Terdahulu beliau meninjau penyediaan kemudahan baharu, pam minyak petrol RON95 dan diesel untuk kegunaan 2,400 penduduk pulau peranginan tersebut.

Mohd. Mufsi berkata, syarikat pemborong dan peruncit dilantik telah dibenarkan mengambil bekalan tambahan bagi menjamin barangan keperluan untuk penduduk kawasan pulau dan pedalaman tersebut mencukupi sepanjang musim tengkujuh.

Beliau berkata, program Pengedaran Barang Perlu juga menjamin penduduk kawasan pulau dan pedalaman negeri ini menikmati barangan keperluan pada harga sama mengikut kadar semasa di peringkat nasional.

“Kerajaan memberi subsidi bagi membiayai kos pengangkutan barangan keperluan ke kawasan pulau dan pedalaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pulau, pedalaman Terengganu dijamin cukup barang keperluan musim tengkujuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved