Anker lancar barisan pengecas GaNPrime, dengan PowerIQ 4.0 dan ActiveShield 2.0

Digital
26 Jul 2022 • 5:07 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anker melancarkan sejumlah produk pengecas dalam satu sesi livestream. Pengecas-pengecas ini adalah yang berasaskan Gallium Nitride (GaN) tapi dengan suntikan teknologi baharu.

6 produk Anker dalam siri GaNPrime

GaNPrime adalah siri pengecas baharu berasaskan GaN daripada Anker. Ia menggabungkan tiga ciri penting iaitu:

  1. Senibina Hybrid Flyback (HFB)
  2. Cip PowerIQ 4.0 baharu
  3. Teknologi ActiveShield 2.0

image is not available

Gabungan dua benda ini membolehkan pengecasan dilakukan pada kadar lebih 100W, paling optimum, dan dalam keadaan selamat. HFB membolehkan penukaran tenaga pada kecekapan 95% dan mengurangkan kehilangan tenaga sehingga 21%.

PowerIQ 4.0 adalah cip pintar yang akan mengawal selia berapa kuasa yang mengalir masuk ke peranti yang dicas. Contohnya, sekiranya telefon dikesan hampir kehabisan bateri, ia akan diberikan keutamaan berbanding peranti lain.

ActiveShield 2.0 adalah sistem keselamatan yang memantau suhu sewaktu mengecas. Ia dikatakan mengambil bacaan suhu sehingga 3 juta kali sehari atuapun 76% lebih kerap berbanding Active Shield 1.0.

Ada 6 pengecas GaNPrime ditawarkan dengan output bermula 65W hingga 150W dan sehingga 4 port USB.

image is not available

Harga produk dalam siri GaNPrime

Produk-produk ini saya masih belum temukan disenaraikan di dalam gedung dalam talian Lazada mahupun Shopee. Namun, harganya untuk pasaran luar sudahpun ada. Berikut adalah harga jualannya di pasaran A.S:

  • Anker 735 Charger (GaNPrime 65W) – USD60 (RM267)
  • Anker 737 Charger (GaNPrime 120W) – USD95 (RM423)
  • Anker 747 Charger (GaNPrime 150W) – USD110 (RM490)
  • Anker 733 Power Bank (GaNPrime PowerCore 65W) – USD100 (RM446)
  • Anker 615 USB Power Strip (GaNPrime 65W) – USD70 (RM312)
  • Anker 727 Charging Station (GaNPrime 100W) – USD95 (RM423)

Sumber: Anker