Instagram Mengaktifkan Ciri Pembayaran Pembelian Terus Dari Chat

TechnologyDigital
19 Jul 2022 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Instagram adalah antara tempat paling popular untuk melakukan pembelian barangan secara atas talian. Hari ini Meta mengumumkan ciri baharu yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran untuk produk yang ingin dibeli terus dari dalam mesej chat aplikasi Instagram.

image is not available

Pengguna hanya perlu menghubungi stor atas talian menggunakan ciri chat. Selepas pesanan dilakukan, pemilik perniagaan boleh menghantar permohonan bayaran dari susur masa chat yang sama. Pembeli pula hanya perlu menekan butang bayar untuk melengkapkan transaksi. Sistem pembayaran Meta Pay akan digunakan untuk menguruskan sistem ini.

image is not available

Pada waktu ini ciri pembayaran terus dari chat diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan ia akan dikembangkan ke pasaran lain di masa hadapan.