Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699

LocalDigital
25 May 2026 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699

Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max kini telah dilancarkan di Malaysia selepas diperkenalkan pada penghujung minggu lalu di pasaran Antarabangsa. Kedua-dua fon telinga kelas mercu Soundcore ini menggabungkan bunyi premium, keupayaan AI terkini, dan fungsi kecerdasan buatan (AI) terbina.

Image from: Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699

Anker Soundcore Liberty 5 Pro Max ialah model paling mercu dengan pemandu 9.2mm diperbuat daripada diafragma kertas dan bulu biri-biri. Ia hadir dengan sokongan LDAC, sistem Soundcore HearID EQ dan audio spatial Dolby Atmos dengan penjejakan kepala. Putik audio mempunyai sokongan sentuhan serta melepasi piawaian kalis peluh IP55. Ia turut boleh mengenalpasti arahan suara seperti menjadi, melangkau muzik atau mengubah tahap kelantangan audio menggunakan suara.

Image from: Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699

Bateri yang digunakan menawarkan pendengaran sehingga 6.5 jam dengan ANC atau sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan selama 5 minit sahaja boleh menawarkan hayat penggunaan sehingga 4 jam. Sambungan dilakukan menggunakan bluetooth 6.1 serta tambatan sehingga 3 peranti boleh dilakukan.

Fon telinga dilengkapi cip AI Anker Thus yang baru sahaja diumumkan. Cip ini bukan sahaja menguasakan sistem pembatalan hingar ANC, EQ dan pelbagai tetapan audio, tetapi ia juga menguasakan sistem AI Note Taker yang merekod, menyalin dan meringkaskan mesyuarat, kuliah, dan temu bual secara masa nyata. Menurut Anker sistem transkrip menyokong sehingga 154 bahasa kesemuanya.

Image from: Anker Soundcore Liberty 5 Pro dan 5 Pro Max Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699

Sementara itu Anker Soundcore Liberty 5 Pro ialah fon telinga yang sama cuma skrin pada pod pengecas hanya 0.96″, tiada sokongan AI Note Taker dan skrin pada pod tidak boleh diubah dengan imej pilihan pengguna sendiri.,

Siri Liberty 5 Pro berharga RM699 untuk Liberty 5 Pro dan RM899 untuk Liberty 5 Pro Max, dan boleh didapati di kedai butik Anker Innovations di IOI City Mall, Kuala Lumpur. Anker Innovation memberikan jaminan selama 18 bulan untuk produk ini.