Peminat Simpati Dengan Anna Jobling, Ada Dakwa Seperti Jadi Mangsa Dera – “Dia Hilang Arah Tujuan, Tak Ada Tempat Mengadu”

EntertainmentLifestyle
13 Aug 2025 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak dua hari yang lalu, isu di antara pelakon, Anna Jobling dan ibu Ariz menjadi perhatian ramai di platform media sosial, lagi-lagi Ariz tidak henti-henti mendakwa Anna anak yang lupa diri selepas popular dalam industri seni.

Susulan video-video pendedahan yang dimuat naik oleh ibu Ariz di platform media sosial, warganet kebanyakannya ‘menyerang’ Anna dengan mendakwa dia anak yang tidak kenang budi, malah mengungkit hal lamanya bersama pelakon, Haneesya Hanee.

Seperti jadi mangsa dera

Bagaimanapun, melalui platform Threads, terdapat beberapa individu yang bersimpati dengan nasib Anna, malah merasakan dia seperti mangsa dera susulan Ariz memaklumkan perintah injuksi dikeluarkan kerana aktres itu mendakwa ibu sering memukul.

image is not available

Sedihnya lah jadi Anna Jobling. Mak pula dari dulu pukul dera kurung konon nak bagi pengajaran dan didikan tapi dia dah 25 tahun kot.

Malah, merasakan Anna seperti hilang arah tanpa mempunyai tempat untuk mengadu nasib yang dilalui olehnya selama ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan berasa tidak yakin dengan dakwaan Ariz.

image is not available

image is not available

image is not available 2025-08-13 14:13:19

"Saya Sepak Muka Anna Sebab Dia Kurang Ajar, Guna Kau-Aku" - Ibu Anna Jobling