Annuar Musa ulas perletakan jawatan Rafizi -“Elok dicari pintu yang terbuka”

LocalPolitics
28 May 2025 • 4:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi mencetuskan pelbagai reaksi daripada pemimpin politik termasuklah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar Musa anggap keputusan Rafizi bukan mengejutkan

Menerusi perkongsian Annuar di Facebook, keputusan Rafizi bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan situasi dalaman PKR yang menurutnya sudah memperlihatkan petanda awal.

“Seperti yang telah dijangka, Rafizi letak jawatan. Beliau terima hakikat partinya sendiri yang menolak beliau,” katanya.

image is not available Annuar Musa ucap selamat berjuang

Namun, yang lebih mencuri perhatian ialah nasihat simbolik yang diberikan Annuar kepada Rafizi. Beliau mengingatkan bahawa perjuangan tidak harus berakhir hanya kerana kehilangan jawatan, sebaliknya ruang dan peluang lain tetap ada untuk mereka yang berprinsip.

“Tidak mustahil tertutupnya satu pintu, ada lagi pintu lain yang terbuka. Tidak perlu diketuk pintu yang tertutup, elok dicari pintu yang terbuka,” ujarnya sambil mengucapkan selamat berjuang kepada Rafizi.

image is not available

Kenyataan tersebut disampaikan dengan nada tenang, namun sarat dengan isyarat bahawa masa depan Rafizi dalam politik masih terbuka luas selagi beliau berpegang kepada nilai yang diperjuangkan.

Untuk rekod, Rafizi mengumumkan pengunduran dirinya berkuat kuasa 17 Jun, selaras dengan prinsip kebertanggungjawaban yang menjadi tunjang perjuangannya sejak awal.

image is not available

Beliau juga pernah menyatakan kesediaan melepaskan jawatan menteri sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dan akhirnya tewas kepada Nurul Izzah Anwar dengan 3,866 undi.

Rafizi mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada 3 Disember 2022 selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU15, menjadikannya antara wajah utama reformasi ekonomi dalam kerajaan.

SUmber: Facebook Tan Sri Annuar Musa