‘Scammer’ kempunan duit nenek RM10,000

3 Sep 2026 • 9:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Scammer’ kempunan duit nenek RM10,000

REMBAU – Tindakan pantas seorang pemandu e-hailing menghubungi polis berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas daripada kerugian RM10,000 selepas mengesyaki transaksi dibuat mangsa mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan cinta atau love scam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika wanita Melayu berusia 71 tahun itu dihantar oleh pemaklum ke Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini.

“Pemaklum yang mengesyaki transaksi tersebut mempunyai scammer kemudian menghubungi Balai Polis Rembau,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ooi Ming berkata, susulan maklumat itu, Timbalan Ketua Polis Balai Rembau bersama beberapa anggota polis bergegas ke BSN untuk pemeriksaan.

“Setibanya di lokasi, mangsa sedang cuba memasukkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun berkenaan. Transaksi tersebut berjaya dihentikan dan wang RM10,000 itu dimasukkan semula ke dalam akaun BSN milik mangsa,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, semakan awal mendapati mangsa dipercayai sudah terpedaya dengan penipuan berkenaan sebelum ini apabila membuat dua transaksi masing-masing berjumlah RM4,950 dan RM4,900 kepada akaun pihak sindiket. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Scammer’ kempunan duit nenek RM10,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved