Anthony Loke letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuatkuasa serta-merta

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 6:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anthony Loke letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuatkuasa serta-merta Image from: Anthony Loke letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuatkuasa serta-merta liza10/11/2026 - 18:11 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Nov – Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Dalam kenyataan media pada 10 Nov, Loke berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian yang diumumkannya pada Jumaat lalu.

 

Beliau berkata peletakan jawatan berkenaan berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah dijelaskan sebelum ini.

 

“Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri beliau sejak Disember 2022.

 

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen dan kerjasama sepanjang saya menerajui MOT.

 

“Selain itu, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.

 

Sebelum ini, beliau memberi jaminan bahawa semua perancangan akan diteruskan, termasuk pelaksanaan inisiatif My50, pengoperasian perkhidmatan pengangkutan yang dijadualkan pada 12 Disember serta projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang disebutnya dalam sidang media.

 

Anthony turut menegaskan bahawa DAP menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun parti itu berpandangan pemberian tahanan rumah kepada Najib yang terlibat dalam skandal besar negara berpotensi memberikan mesej tidak wajar kepada generasi akan datang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved