Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

image.png

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan pendiriannya untuk berundur daripada Kabinet kekal tidak berubah. Keputusan ini dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar pada 19 September lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini menyatakan hasrat meletakkan jawatan sebagai tanda pendirian parti susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Keputusan sudah dibuat, akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri sebaik pulang ke Malaysia,” katanya kepada media Malaysia.

Kedudukan Menteri DAP Dalam Kerajaan Perpaduan

Walaupun jawatan tertinggi parti mengambil langkah keluar daripada Kabinet, Anthony mengesahkan bahawa menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan terus kekal berkhidmat dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menzahirkan harapan agar Ahli Parlimen Seremban itu mempertimbangkan semula keputusannya. Beliau turut menggesa semua pihak supaya tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved