Anthropic Mengatakan Kini 90% Kod Mereka Adalah Ditulis Oleh Kecerdasan Buatan Janaan

Technology
15 May 2026 • 7:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic Mengatakan Kini 90% Kod Mereka Adalah Ditulis Oleh Kecerdasan Buatan Janaan

Anthropic merupakan syarikat disebalik model kecerdasan buatan Claude. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat dan ramai pembangun di seluruh dunia yang menggunakan model Claude dalam pembangunan kod pengaturcaraan masing-masing. Selain orang luar, kini Ketua Pegawai Kewangan Anthropic turut berkongsi mengatakan 90% daripada kod untuk syarikat berkenaan dibangunkan oleh kecerdasan buatan janaan.

Image from: Anthropic Mengatakan Kini 90% Kod Mereka Adalah Ditulis Oleh Kecerdasan Buatan Janaan

Mereka menggunakan Claude Code dalam membangunkan lebih 90% daripada kod produk mereka. Ini sekaligus memperlihatkan peralihan pantas dalam arena pembangunan perisian. Sebelum ini, beberapa syarikat turut berkongsi menyatakan sebahagian daripada kod mereka kini dibangunkan oleh kecerdasan buatan janaan, termasuk Google sendiri.

Namun, angka 90% ini merupakan angka yang tinggi, dan pertama kali dikongsikan pihak Anthropic. Ia dikongsikan yang mana AI digunakan untuk tugasan pelaksanaan, sementara manusia membuat tugasan seperti penyusunan strategi, penilaian dan juga pemantauan. Penggunaan AI juga mempercepatkan lagi tugasan dan meningkatkan produktiviti.