
Anthropic, syarikat sebalik perkhidmatan Claude kini mengesahkan yang mana mereka sedang membentuk sebuah pasukan dalaman yang akan memfokuskan kepada merekabentuk dan membangunkan cip tersendiri. Cip tersebut dijangka akan dioptimasikan untuk model Claude AI.
Langkah ini juga dijangka memberikan lebih kawalan dalam pembangunan, dan kurang bergantung kepada pihak ketiga untuk penawaran cip.
Anthropic dijangka menggunakan pelbagai cip dan penyedia perkhidmatan awanan dalam penawaran perkhidmatan mereka – termasuk daripada Google, Amazon, NVIDIA dan juga AMD. Ini juga turut membuatkan mereka kurang bergantung kepada satu perkhidmatan sahaja, dan turut memastikan perkhidmatan mereka kekal boleh berjalan pada bila-bila masa.
Anthropic buat masa ini masih belum memberikan latar masa pengenalan untuk cip mereka ini. Selain Anthropic, pelbagai pihak lain juga kini giat merekabentuk dan membangunkan cip mereka tersendiri, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada NVIDIA dan lain.





