Tidak lama lagi, Apple dijangka akan memperkenalkan sejumlah peranti-peranti baru seperti siri Apple iPhone 18 yang dikatakan akan hadir dengan peranti pintar boleh lipat, MacBook baru dan sebagainya. Dan dengan produk-produk ini, anda pasti tahu bahawa Apple akan memerlukan komponen memori yang cukup banyak sekali untuk menampung permintaan untuk peranti-peranti tersebut.
Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Apple telah mengadakan perbincangan dengan CXMT, syarikat pengeluar memori dari China yang kini cukup terkenal kerana telah membekalkan komponen memori LPDDR5X untuk beberapa syarikat-syarikat pengeluar komputer riba yang lain baru-baru ini.

Perbincangan tersebut nampaknya tidak memihak kepada Apple kerana mereka nampaknya telah meminta CXMT untuk membekalkan komponen tersebut pada harga lebih rendah dari pasaran. Permintaan tersebut dibuat kerana Apple nampaknya mahu membeli jumlah komponen DRAM tersebut yang sangat banyak dari CXMT.
Walaupun begitu, CXMT nampaknya tekad mengatakan bahawa Apple perlu membayar kos pengeluaran yang sama seperti syarikat-syarikat yang lain walaupun mereka mahukan jumlah memori yang jauh lebih banya. Syarikat tersebut sedar bahawa komponen DRAM sekarang dalam permintaan yang sangat tinggi, dan mereka boleh menetapkan apa-apa harga yang dimahukan dan banyak syarikat-syarikat teknologi yang akan membelinya.
Jangkaannya ialah Apple nampaknya tidak mempunyai begitu banyak pilihan buat masa ini dan terpaksa akur kepada harga yang ditetapkan oleh CXMT sehinggalah bekalan memori kembali stabil, yang mungkin akan mengambil masa dua, tiga atau empat tahun lagi.
Sumber: Culpium



