Antonelli anggap Verstappen ‘misteri’ di Baku

24 Sep 2026 • 4:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Antonelli anggap Verstappen ‘misteri’ di Baku

BAKU: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Andrea Kimi Antonelli menyifatkan juara dunia empat kali, Max Verstappen sebagai ‘misteri’ menjelang Grand Prix (GP) Azerbaijan di Baku, hujung minggu ini.

Pelumba Mercedes itu kini memiliki kelebihan 81 mata ke atas rakan sepasukan, George Russell selepas mengumpul lapan kemenangan daripada 14 perlumbaan musim ini.

Antonelli, 20, semakin hampir untuk mencipta sejarah sebagai juara dunia F1 termuda selepas kejayaan di GP Sepanyol sebelum ini terus mengukuhkan kedudukannya di persada kejuaraan.

Bagaimanapun, pelumba Itali itu tidak memandang ringan cabaran Verstappen yang disifatkannya sentiasa mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa ketika perlumbaan.

“Max mempunyai pandangan yang luar biasa terhadap perlumbaan dan bagaimana untuk meletakkan kereta. Dalam tempoh yang sangat singkat, dia mampu membaca situasi dengan baik dan mencari ruang untuk mendapatkan kedudukan.

“Bersama Max, sentiasa ada sesuatu yang tidak diketahui, terutama ketika sesi latihan bebas. Anda tidak pernah tahu potensi sebenar yang dimilikinya kerana apabila tiba masa penting, dia sentiasa berjaya menemui sesuatu yang lebih.

“Ia menarik untuk diperhatikan,” katanya Antonelli.

Verstappen yang masih belum memenangi perlumbaan musim ini kini ketinggalan 147 mata di belakang Antonelli dalam kedudukan pemandu.

Antonelli bagaimanapun enggan terlalu memikirkan peluangnya untuk meraih kejuaraan dunia pertamanya, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada setiap perlumbaan.

“Ia belum berakhir selagi ia belum berakhir. Sehinggalah anda melepasi garisan penamat, ia belum berakhir. Ia seperti tenis, satu mata demi satu mata, manakala di sini satu perlumbaan demi satu perlumbaan.

“Terus berikan yang terbaik dan cuba meningkatkan tahap prestasi, terus menghasilkan keputusan dan lihat di mana kedudukan kita pada penghujung tahun,” katanya. – AGENSI

 

The post Antonelli anggap Verstappen ‘misteri’ di Baku appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved