F1: Antonelli buru keajaiban Monza

5 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Antonelli buru keajaiban Monza

MONZA – Pendahulu Kejuaraan Formula Satu (F1), Kimi Antonelli berdepan ujian getir pada Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini apabila penalti pertukaran enjin memaksanya memulakan perlumbaan dipetak terakhir biarpun hadir sebagai harapan utama tuan rumah.

Pelumba Mercedes yang berusia 20 tahun itu mencipta sejarah sebagai pelumba Itali pertama dalam tempoh 73 tahun tiba di Monza selaku pendahulu kejuaraan dunia sejak Alberto Ascari yang memenangi gelaran keduanya pada 1953.

Antonelli ketika ini memiliki kelebihan 59 mata ke atas rakan sepasukan, George Russell dan Lewis Hamilton dari Ferrari selepas 12 pusingan, manakala juara bertahan McLaren, Lando Norris ketinggalan 83 mata di tempat keempat.

Bagaimanapun, kelebihan itu bakal diuji di ‘Temple of Speed’ apabila keputusan Mercedes menggunakan enjin baharu menyebabkan Antonelli dikenakan penalti yang menghantarnya ke belakang grid sekali gus membuka peluang kepada pencabar merapatkan jurang.

“Ia mengecewakan untuknya dan penyokong yang mahu melihat dia bersaing dari barisan depan pada perlumbaan sendiri, tetapi sukan ini tidak memberikan ganjaran berdasarkan sentimen.

“Apabila anda membuat keputusan yang memberikan manfaat kepada kempen kejuaraan, kadangkala anda perlu membayar harga mahal untuk jangka pendek. Objektif kami sekarang jelas, mendapatkan semula sebanyak mungkin kedudukan dan memaksimumkan mata,” kata Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Ferrari pula mahu mengambil kesempatan di laman sendiri menerusi Hamilton dan Charles Leclerc dengan pasukan Itali itu membawa unit kuasa dinaik taraf, selain tampil dengan penampilan khas bagi memperingati ulang tahun ke-30 kemenangan pertama Michael Schumacher bersama Ferrari di GP Itali pada 1996. – AGENSI

The post F1: Antonelli buru keajaiban Monza appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved