
Anugerah Guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 yang dilancarkan secara rasmi dilancarkan baru-baru ini merupakan satu inisiatif yang memberi inspirasi dan meraikan bukan sahaja produk, tetapi juga perjalanan peribadi, pilihan dan kisah di sebaliknya.
Diadakan di Blue Atrium, Sunway Pyramid, acara ini yang turut dihadiri oleh pakar kesihatan dan kecantikan ini memberi tetamu untuk merasai sendiri pengalaman mendalam mengenai maksud sebenar kecantikan dan kesejahteraan bagi rakyat Malaysia hari ini.
Berasaskan kepercayaan Guardian terhadap pemerkasaan, anugerah ini melangkaui bukan sekadar pengiktirafan, sebaliknya, ia menghormati keperluan sebenar, kehidupan sebenar dan penjagaan sebenar yang diambil kira dalam setiap keputusan berkaitan kecantikan dan kesejahteraan oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Dengan Guardian sebagai suara utama yang dipercayai untuk menyediakan produk dan penjagaan yang mereka perlukan bagi mencapai standard kecantikan dan penjagaan diri masing-masing.
Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Anna Ng, berkata, Anugerah Guardian sentiasa meraikan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk kecantikan dan kesejahteraan yang guardian tawarkan.
Katanya, setiap tahun, para pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri berdasarkan pengalaman sebenar dan hasil sebenar.
“Ini bukan sekadar item yang tular, ia adalah produk yang menyokong penjagaan diri, meningkatkan keyakinan serta membantu orang ramai kelihatan dan berasa hebat setiap hari.
“Anugerah ini juga meneruskan momentum penjenamaan semula kami baru-baru ini, sambil terus menumpukan kepada perkara yang paling penting bagi pelanggan kami.
“Sebagai rangkaian runcit kesihatan, kecantikan, dan penjagaan diri terkemuka negara, kami berbangga menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dan boleh dipercayai yang memenuhi keperluan pelanggan bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga kesejahteraan menyeluruh,” ujar Anna.
Produk Paling Dipercayai 2025: Jualan Terbaik Dan Pilihan Pakar
Acara ini mendedahkan buat kali pertama para pemenang Anugerah Guardian 2025 dalam dua kategori utama: Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.
Anugerah Jualan Terbaik 2025 menonjolkan produk yang paling kerap dibeli oleh rakyat Malaysia di Guardian, dipercayai kerana sentiasa memberikan hasil yang berkesan. Ia adalah pilihan harian kegemaran yang telah menjadi barangan asas di rumah-rumah di seluruh negara, diiktiraf atas keberkesanan dan impaknya yang berkekalan.

Sementara itu, untuk kategori Pilihan Pakar 2025, ia dipilih oleh barisan panel yang terdiri daripada tokoh terkenal dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan, Dr Shazril Shaharuddin, profesional penjagaan kesihatan dan peguambela, Yasmin Khalid, peminat penjagaan kulit dan pencipta kandungan, Shiyo Joo dan jurusolek selebriti yang juga penggaya rambut selebriti, Cody Chua.
Mereka menilai lebih 100 produk dalam kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan, selama sebulan berdasarkan keberkesanan, inovasi, serta kesesuaian dengan gaya hidup rakyat Malaysia.
Dr Shazril dan Yasmin Khalid telah menerokai kaitan rapat antara kesihatan serta penjagaan kulit, menekankan bagaimana pendekatan seimbang terhadap minda, badan termasuk gaya hidup boleh menjadikan penjagaan diri sebagai bentuk pemerkasaan harian.
Dalam sesi lain, Shiyo dan Cody juga membongkar beberapa mitos kecantikan dan penjagaan diri paling lazim di media sosial, sambil memberikan nasihat praktikal mengenai cara membuat pilihan kecantikan yang lebih bijak.
Undian rasmi untuk kategori ‘Kegemaran Peminat’ turut dibuka. Dari 30 April hingga 3 Jun, rakyat Malaysia boleh mengundi produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi kegemaran mereka menerusi laman web dan platform media sosial Guardian.

Dengan mengundi, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif bernilai lebih RM100,000 termasuk Dyson Airstraight™ Straightener, ZenyumSonic™ Electric Toothbrush, DJI Osmo Pocket 3 dan tiga hadiah utama, iaitu penginapan 3H2M di resort percutian mewah.
Berikut adalah senarai produk kosmetik dan penjagaan kulit terlaris untuk Anugerah Guardian 2025
Wajah
● Skintific Cover All Perfect Cushion SPF35 PA++++ 02 Ivory 11g
● Catrice Nude Illusion Loose Powder Transparent Matt
Mata
● Silkygirl Lash Prism Waterproof Mascara 01
● Maybelline Lash Sensational Sky High Waterproof Mascara Very Black
● Barenbliss Roll To Volume Mascara
Bibir
● Wardah Colorfit Velvet Matte Lip Mousse (13 Sweet Cinnamon)
● Hanasui Mattedorable Lip Cream Edisi Boba 03 Salted Caramel
Wangian Lelaki
● Romano Eau De Parfum Grandiose 100ml
Wangian Wanita
● Syahirah Vitalis Eau De Natural Egyptian Jasmine & Turkish Rose 100ml
● ENCHANTEUR Luxe EDP D'or 50ml
Pencuci Muka
● Glad2Glow Milk Amino Acids Gentle Cleanser
Penyegar Muka
● Hada Labo Hydrating Lotion (Light) 170ml
Serum
● The Raw. Arbutin 2% Serum 3X Whitening Actives dengan Niacinamide 5% & Glutathione 30ml
Pelembap Muka
● Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel 30g
Penjagaan Tangan & Badan
● Vaseline Healthy Bright Gluta-Hya Serum Burst Lotion Dewy Radiance 300ml
Penjagaan Jerawat
● Dododots Beauty Patch Butterflies 20S
Penjagaan Kulit Derma
● Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml
Pelindung Matahari
● Sunplay Skin Aqua Brightening Moisture Gel SPF50+ PA++++ 80g
Penjagaan Kulit Sensitif
● CeraVe Foaming Cleanser 236ml
Air Micellar
● Garnier Skin Naturals Micellar Water Pink 400ml - Getaran, 15 Mei 2025





