Presiden Trump Minta Tim Cook Tidak Menghasilkan Produk Apple Di India

TechnologyDigital
15 May 2025 • 8:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini mengatakan, beliau telah meminta kepada Tim Cook supaya Apple tidak menghasilkan produk di India.

Sebelum ini, Apple sedia mempelbagaikan lokasi pengeluaran peranti dan kurangkan kebergantungan terhadap China – dan dengan pelaksanaan tarif baru-baru ini, Apple telah mempercepatkan usaha peralihan berkenaan. Apple sedia meningkatkan pengeluaran di India, supaya dapat menampung sekitar 25% pengeluaran iPhone dalam beberapa tahun akan datang.

Namun, perkara ini tidak disukai oleh Presiden Amerika Syarikat. Donald Trump meminta supaya Apple mengeluarkan dan menghasilkan produk mereka di Amerika Syarikat, dan bukannya di India.

Buat masa ini, Apple hanya menghasilkan Mac Pro di Amerika Syarikat, sementara produk lain dihasilkan di negara seperti China, Vietnam, India dan juga Malaysia sendiri. Beberapa penganalisa sedia mengatakan kebarangkalian Apple menghasilkan produk di Amerika Syarikat adalah rendah, kerana ia akan meningkatkan kos jualan secara mendadak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved