Anugerah Hartanah Negara ke-15 iktiraf kecemerlangan dalam industri hartanah

2 Aug 2023 • 10:39 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anugerah Hartanah Negara ke-15 iktiraf kecemerlangan dalam industri hartanah

zulfadli

02/08/2023 - 10:39

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Anugerah Hartanah Negara (NREA) ke-15 yang dianjurkan Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyaksikan perkembangan luar biasa dalam pengiktirafan dan prestij bidang hartanah.

NREA melihat perubahan besar selama ini dan kini merupakan anugerah kebangsaan yang paling dinanti-nantikan untuk menyambut pencapaian cemerlang dalam industri hartanah.

Seramai 70 pemenang anugerah diraikan untuk sumbangan mereka yang luar biasa dalam industri hartanah dan 12 ejen hartanah dianugerahkan dengan MIEA Million Dollar Achievers (MMDA) yang sangat dihormati.

Pengerusi MIEA, Tan Kian Aun berkata, perkembangan berterusan NREA melambangkan kepentingan dan pengaruhnya yang semakin megembang dalam sektor harta tanah Malaysia.

Katanya, ia berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan usaha luar biasa ejen negara, mengiktiraf dedikasi teguh mereka dan membukitikan kepentingan peranan mereka dalam perkembangan industri hartanah negara.

"Anugerah ini juga mewakili komitmen, profesionalisme, dan usaha cemerlang yang dibuktikan ejen hartanah kami bagi industri hartanah," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut Tan, NREA adalah bukti daya tahan pasaran hartanah Malaysia, walaupun dalam masa yang mencabar.

image is not available
Tan Kian Aun ketika berucap pada majlis Anugerah Hartanah Negara (NREA) ke-15, baru-baru ini.

image is not available

Di sebalik cabaran ini katanya, ejen hartanah menunjukkan keazaman dan kebolehsuaian dalam menawarkan berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan profesionalisme secara konsisten.

Anugerah tahun ini lebih bermakna dengan pengiktirafan Pengerusi Piagam MIEA dan ahli pengasasnya, Dr Ernest Cheong Yong Yin, dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

image is not available
Dr Ernest Cheong Yong Yin meneriam Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Hartanah Negara ke-15.

Cheong yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan MIEA pada 1974 dan membina asas yang kukuh dalam perkembangan industri hartanah pada ketika itu untuk memenuhi keperluan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara pemenang yang menonjol tahun ini adalah Pengarah Urusan Cornerstone Xstate Sdn Bhd, Wong Yau Long yang merangkul Anugerah Ejen Hartanah Terbaik 2023.

Dengan kerjaya yang mengagumkan sejak 2005, Wong menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada industri hartanah. - DagangNews.com