‘Anugerah Maulidur Rasul bukan kepada saya sahaja, untuk PDRM’

25 Aug 2026 • 1:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Anugerah Maulidur Rasul bukan kepada saya sahaja, untuk PDRM’

SERDANG – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan Anugerah Maulidur Rasul Kategori Tokoh Wira Negara yang diterimanya sebagai penyuntik untuk terus bergiat aktif dan menyumbang kepada masyarakat.

Beliau berkata, pada masa ini, banyak tawaran datang kepadanya, namun ia perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya dah pencen hampir sebulan, jadi adalah tawaran-tawaran (yang diberikan), tapi saya masih belum buat sebarang keputusan.

“Saya yakin saya perlu untuk aktif semula, tidak kira dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat ataupun penulisan sebab saya minat menulis.

“Hari itu pun ada lancarkan buku, selepas ini ada buku yang lagi terperinci berkenaan operasi yang lepas yang boleh saya kongsikan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448/2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayob berkata, menyifatkan anugerah yang diterimanya itu sebagai penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Memang saya tidak menjangkakan yang akan dipilih untuk menerima anugerah ini, saya hanya dimaklumkan lebih kurang tiga hari lalu.

“Pengiktirafan ini adalah satu pengiktirafan bukan kepada saya sahaja, tapi ini adalah satu pengiktirafan kepada PDRM lah, dalam konteks pengorbanan itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memilih saya untuk menerima anugerah,” katanya.

Penerima yang lain ialah guru agama Abdul Hamid Chin (Tokoh Agamawan); Ketua Unit Perkhidmatan OKU, Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Ruzita Mohd Amin (Tokoh Wanita Madani); dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif).

Turut menerima Anugerah Maulidur Rasul ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Tokoh Belia Harapan), pesara buruh Laman Yasim (Tokoh Keluarga Mithali) dan Pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah (Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang)). – KOSMO! ONLINE

The post ‘Anugerah Maulidur Rasul bukan kepada saya sahaja, untuk PDRM’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved