Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026: Tan Sri Ayob Khan Dinobatkan Tokoh Wira Negara

25 Aug 2026 • 5:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2026: Tan Sri Ayob Khan Dinobatkan Tokoh Wira Negara

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan 1448H/2026 bagi kategori Wira Negara.

Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), itu bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam membanteras ancaman keganasan serta jenayah terancang.

Tan Sri Ayob Khan Tokoh Wira Negara

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pengiktirafan tersebut bukan sahaja buat dirinya tetapi juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan.

“Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana saya dimaklumkan mengenai perkara ini dalam dua atau tiga hari lepas.

“Ini satu pengiktirafan kepada PDRM dalam konteks pengorbanan. Secara jujur, saya tiada pengalaman bertempur (berperang) dengan komunis dan pengganas kerana tugasan tertumpu tangkapan sahaja. Jadi ini pengiktirafan buat saya dan pasukan PDRM,” katanya.

Sementara itu, Maulana Abdul Hamid Chin dipilih sebagai Tokoh Agamawan atas sumbangan beliau hampir tiga dekad dalam pendidikan dan pengajian hadis bersanad.

Maulana Abdul Hamid juga merupakan Syeikhul Hadis Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling serta penghafaz al-Quran.

Baca juga:

"Pengiktirafan ini juga buat pengajian agama, pondok dan tahfiz kerana sebelum ini masyarakat memandang pengajian ini sebagai pilihan kedua.

“Justeru, dengan pengiktirafan ini menunjukkan komitmen kerajaan dan agensi berkaitan terhadap bidang ini," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved