Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen
Anwar berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa kompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam insiden berkenaan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga, awal pagi tadi.

Anwar berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil tanpa kompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam insiden berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh.

“Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis itu.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban. Al-Fatihah,” ujarnya.

Dalam insiden tersebut, tiga sekeluarga maut dipercayai dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved