Anwar arah JIM siasat segera kes 3 sekeluarga maut dilanggar

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar arah JIM siasat segera kes 3 sekeluarga maut dilanggar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen (JIM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh insiden tiga sekeluarga maut dilanggar sebuah lori JIM di ibu negara, awal pagi tadi.

Anwar menegaskan, tindakan tanpa kompromi wajar dilakukan jika terdapat unsur kecuaian atau pelanggaran undang-undang.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini. Saya telah mengarahkan JIM supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh.

“Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya menerusi media sosial, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dilanggar sebuah lori JIM dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, lori Isuzu Black Maria milik JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbabit dalam pelanggaran dengan sebuah Proton Saga sebelum terbabas dan merempuh empat pejalan kaki serta sebuah kereta lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun tanpa membawa penumpang ketika kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar arah JIM siasat segera kes 3 sekeluarga maut dilanggar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved