Anwar arah lepaskan mahasiswa dikenakan hukuman kerana kritik pimpinan negara

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 9:51 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anwar Ibrahim ketika menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 di Universiti Malaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan hukuman semata-mata kerana menyuarakan pandangan atau kritikan kepada pimpinan negara dilepaskan serta-merta.

Beliau berkata, institusi pengajian tinggi perlu menjadi medan ilmu, pemikiran dan perbahasan yang bebas, selaras dengan perkembangan pesat dunia pendidikan, ilmu pengetahuan dan teknologi.

Menurut Anwar, negara tidak boleh terus bergerak menggunakan kerangka lama ketika perubahan dalam dunia pendidikan dan teknologi berlaku dengan begitu pantas.

“Negara tidak boleh terus bergerak dengan kerangka lama sedangkan dunia pendidikan, ilmu dan teknologi berubah begitu pantas yang menuntut langkah berani dalam melakukan perubahan yang besar dan berani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 di Universiti Malaya, malam tadi.

Baca juga:

Dalam pada itu, Anwar menegaskan keperluan membentuk kerangka baharu Akta Pendidikan Tinggi yang selari dengan aspirasi transformasi pendidikan negara.

Katanya, akta berkenaan tidak seharusnya menjadi instrumen untuk memperkukuh kuasa pihak luar terhadap dunia akademik, sebaliknya perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk mengurus tadbir secara autonomi.

Pada masa sama, beliau berkata kebebasan akademik perlu diperkasa dengan tanggungjawab terhadap perkembangan ilmu, selain melonggarkan kekangan birokrasi dalam institusi pengajian tinggi.

Anwar turut menekankan keberanian melakukan perubahan bagi memastikan sektor pendidikan tinggi negara terus berkembang dan mampu membentuk masa depan Malaysia.

The post Anwar arah lepaskan mahasiswa dikenakan hukuman kerana kritik pimpinan negara appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved