Setel Didenda RM637,000 Oleh BNM Kerana Gagal Mematuhi Sekatan Kewangan Bersasar

LocalBusiness & Finance
27 Aug 2026 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Negara Malaysia kini mengenakan denda atau penalti terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, pengurus disebalik aplikasi Setel yang sinonim dengan pengisian minyak di Petronas, disamping turut digunakan sebagai dompet digital. Denda terhadap Setel ini dikenakan kerana kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar oleh Setel.

Image from: Setel Didenda RM637,000 Oleh BNM Kerana Gagal Mematuhi Sekatan Kewangan Bersasar

Setel dikenakan denda sebanyak RM637,000 atas kegagalan ini. Ini termasuk kerana gagal mengemaskini pangkalan data sekatan sebaik sahaja Senarai Domestik diterbitkan. BNM menyatakan ketidakpatuhan ini adalah disebabkan oleh kelemahan dalam prosedur operasi standard dan sistem saringan sekatan di Setel.

Setel telah melakukan pembayaran ini pada bulan Mei 2026 lepas. BNM turut memaklumkan yang mana Setel telah menjalankan langkah-langkah pemulihan dengan mengemaskini dan membaiki kelemahan prosedur operasi standard, serta menambah-baik sistem dalaman dalam terus memastikan kepatuhan terhadap keperluan yang telah ditetapkan – terutamanya berkaitan sekatan kewangan bersasar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved