Anwar arah perkukuh penyelarasan antara agensi kawal harga, banteras pencatutan

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 6:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anwar arah perkukuh penyelarasan antara agensi kawal harga, banteras pencatutan

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya penyelarasan antara agensi diperkukuh, bagi memastikan penguatkuasaan untuk mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara, dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Anwar berkata beliau membuat arahan itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 2/2026, yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu, memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif dan langkah segera bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat di bawah Belanjawan 2027.

“Saya turut meneliti perkembangan penguatkuasaan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), dalam mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan geopolitik dunia serta kesannya terhadap harga dan bekalan keperluan asas, bagi memastikan sebarang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan segera dan berkesan.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved