Anwar bakal umum bayaran Interim Sarawak pada Hari Malaysia, cadang formula baharu pemberian geran

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 5:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Anwar bakal umum bayaran Interim Sarawak pada Hari Malaysia, cadang formula baharu pemberian geran

KUALA LUMPUR - Sarawak bakal menerima khabar gembira mengenai pembayaran interim berhubung tuntutan hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang dijangka diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 September ini.

Anwar mengesahkan beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam tempoh beberapa hari lagi bagi memuktamadkan jumlah serta mekanisme agihan berkenaan.

“Oleh itu, saya akan terus bincang dalam beberapa hari ini dengan Premier (Sarawak). Mudah-mudahan sebaik hari 16 Sept, Hari Malaysia di Kuching, saya boleh umumkan juga langkah interim untuk Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Menurut Anwar, Kerajaan Sarawak turut mengemukakan syor agar satu formula khas yang lebih jelas digubal bagi menentukan kadar geran berkenaan pada masa hadapan.

Formula baharu itu akan mengambil kira:

Kedudukan dan kemampuan kewangan semasa Persekutuan.

Penetapan had kadar minimum yang munasabah.

Penetapan had kadar maksimum yang boleh dipertimbangkan secara saksama.

“Saya setuju dan telah minta Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan Sarawak untuk bincangkan tentang memperkenalkan formula ini,” tambah beliau.

Bayaran interim Sabah RM1.5b disalur akhir Oktober

Sementara itu, menyentuh isu bayaran interim bagi Sabah, Perdana Menteri memaklumkan dana sebanyak RM1.5 bilion dijangka disalurkan secara rasmi menjelang akhir Oktober atau awal November ini, berikutan kelulusan dalam persidangan Parlimen bulan depan.

Peningkatan geran khas interim Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion bagi tahun 2026 merupakan langkah sementara kerajaan Persekutuan sementara menunggu kaedah muktamad pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri diselesaikan sepenuhnya. - 11 September, 2026

The post Anwar bakal umum bayaran Interim Sarawak pada Hari Malaysia, cadang formula baharu pemberian geran appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved