Putin diundang lakukan lawatan negara ke Malaysia

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 9:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Putin diundang lakukan lawatan negara ke Malaysia

NEW DELHI: Presiden Russia, Vladimir Putin diundang untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyampaikan undangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu ketika pertemuan dua hala di sini hari ini.

Pada penghujung pertemuan, saya menyampaikan semula undangan Yang di-Pertuan Agong kepada Presiden Putin untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia.

“Insya-Allah, lawatan ini kelak akan membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Rusia yang semakin erat, matang dan saling menguntungkan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.

The post Putin diundang lakukan lawatan negara ke Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved