PM Anwar jemput Presiden Myanmar datang ke Malaysia, runding hantar balik Rohingya

LocalPolitics
16 Sep 2026 • 5:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai usaha memperkukuh rundingan dua hala, termasuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya di negara ini.

Cara rundingan lebih sesuai

Menurut Anwar dalam podcast Sembang Ohh Yeahh!, pendekatan berunding secara langsung dengan kerajaan Myanmar dilihat lebih sesuai bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan, termasuk usaha penghantaran pulang pelarian secara berperingkat.

“Jadi dua minggu lalu saya beritahu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jemaah Menteri, saya akan undang Presiden Myanmar melawat Malaysia secara rasmi.
“Saya undang sebab nak bagi tahu kita boleh bersahabat, kita boleh berdagang, kita boleh terima Myanmar, tapi Myanmar mesti terima (kembali pelarian Rohingya).
“Kalau tak boleh secara sekali gus, ambil secara berperingkat dan kita akan bantu menyelesaikan. Ini cara saya untuk menyelesaikannya, bukan setengah orang politik, guna kecaman. Nak ke mana?
“Rakyat kecam saya faham, (sebab) dia susah, dia nak dapat kerja susah. Orang Rohingya tu kadang kasar di luar, dia marah. Tapi kita sebagai pemimpin marah pun buat apa?” katanya.

Penghantaran pulang perlu kira aspek keselamatan

Anwar menyatakan, proses penghantaran pulang perlu mengambil kira aspek keselamatan dan kebajikan pelarian, termasuk mendapatkan jaminan daripada Myanmar supaya mereka tidak berdepan ancaman selepas kembali.

“Lebih baik kita bayar sedikit daripada perlu menanggung sebeban dengan bagi makan ratusan ribu orang di depoh. Orang cadang tangkap, baik lepas tangkap kita nak letak ke mana?
“Letak di depoh, lepas itu siapa yang akan bagi makan? Kita yang bagi makan antara RM25 hingga RM50 sehari, kalau 2,000 orang? Jadi kita tidak boleh tanggung,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga menegaskan rundingan dengan Myanmar bukan sekadar untuk menghantar pelarian pulang, sebaliknya turut mendapatkan jaminan keselamatan bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa serangan atau pengusiran.

“Kalau dia bawa balik dan bunuh macam dulu, tak boleh juga. Jadi kita runding, kita bukan runding untuk hantar mereka balik sahaja. Kita minta jaminan keselamatan, bagi kawasan selamat, bagi kawasan orang Islam supaya tidak diganggu. Itu yang kita lakukan.
“Dalam pertemuan sebelum ini dengan pemimpin Myanmar saya memang ada katakan, saya nak awak jamin orang-orang ini jangan dibunuh dan diusir, (ia) masalah bagi negara saya,” katanya.

Image from: PM Anwar jemput Presiden Myanmar datang ke Malaysia, runding hantar balik Rohingya

Sumber: YouTube Sembang Ohh Yeahh!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved