Anwar dijadual kembali ke Manila petang ini bagi hadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 9:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar dijadual kembali ke Manila petang ini bagi hadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS

MANILA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual kembali ke Manila petang ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Anwar sebelum ini pulang sebentar ke Malaysia bagi menyambut ketibaan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang dalam lawatan rasmi ke negara ini.

Sekembalinya ke Manila, Perdana Menteri juga dijadual menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.

Beliau seterusnya dijadual berlepas ke Shenzhen, China bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat sidang kemuncak di Manila sepanjang ketiadaan Anwar.

Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-29, Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Pelepasan Asia (AZEC) ke-4, Sidang Kemuncak ASEAN bersama dengan Jepun dan India serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-21.

Hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan turut menyaksikan penyerahan kepengerusian ASEAN oleh Filipina kepada Singapura yang akan mengambil alih peranan itu pada 2027. – BERNAMA

The post Anwar dijadual kembali ke Manila petang ini bagi hadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved