Anwar hargai sumbangan Ouyang Yujing perkukuh hubungan Malaysia-China

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 2:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar hargai sumbangan Ouyang Yujing perkukuh hubungan Malaysia-China

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing sepanjang tempoh perkhidmatan dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Menurut Anwar, beliau menyatakan penghargaan itu sewaktu menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ouyang Yujing.

“Malaysia dan China telah membina jalinan yang kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, teknologi, pendidikan dan kebudayaan, malah kerjasama strategik seperti ECRL, teknologi 5G, kecerdasan buatan, pelabuhan dan industri nadir bumi turut membuka ruang baharu untuk manfaat bersama.

“Saya turut menerima kiriman khas daripada Premier Li Qiang berupa buku mengenai Hangzhou, yang baru-baru ini saya kunjungi dan merupakan kampung halaman beliau. Saya amat menghargai ingatan dan perhatian tersebut,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Anwar berkata, kedua-dua negara akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin.

“Kedua-dua negara akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin, serta meneroka bidang-bidang baharu demi kepentingan rakyat, keamanan dan kemakmuran rantau,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar hargai sumbangan Ouyang Yujing perkukuh hubungan Malaysia-China appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved