F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

1 Oct 2026 • 7:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai sesi Pit Lane Walk bersempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok hingga Ahad.

Menerusi kunjungan itu, Anwar turut meninjau persiapan penganjuran perlumbaan berkenaan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

“Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
“Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik,” katanya.

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain  Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

Dalam masa sama, Anwar menghargai kerjasama erat antara Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran perlumbaan itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen mereka memastikan acara berlangsung dengan teratur dan selamat.

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-BahrainAnwar berharap penganjuran tersebut berjalan lancar serta memberikan pengalaman bermakna kepada peminat dan pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.

Image from: F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved