

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sentiasa di sisinya dalam apa jua keadaan termasuklah ketika mendapatkan rawatan.
Berkongsikan gambar ditemani Wan Azizah di Facebook miliknya, Perdana Menteri meluahkan rasa syukur kerana isterinya sentiasa mendampinginya.
“Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri kini sedang berada dalam pemantauan pakar perubatan selepas selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut yang dialaminya, semalam.
Prosedur pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut atau para-umbilical hernia itu berjalan dengan lancar di bawah kendalian pakar perubatan.
Perdana Menteri kini sedang menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan proses pemulihannya berjalan lancar sekali gua membolehkan beliau kembali bertugas.-UTUSAN
The post Anwar hargai Wan Azizah jadi pendamping hidup appeared first on Utusan Malaysia.






