Anwar, Wan Azizah ziarah Fadillah Yusof dan Ismail Sabri di IJN

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 1:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Anwar, Wan Azizah ziarah Fadillah Yusof dan Ismail Sabri di IJN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa menziarahi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi hantaran di X, Anwar berkata keadaan kesihatan Fadillah menunjukkan perkembangan positif ketika pertemuan mereka semalam.

"Alhamdulillah, keadaan kesihatan beliau semakin baik, namun masih memerlukan rehat yang secukupnya atas nasihat pasukan perubatan," kata beliau. 

Dalam pada itu, Anwar berkata atas dasar persahabatan, beliau dan isteri turut melapangkan masa menziarahi Ismail Sabri yang juga sedang menerima rawatan di IJN, dan masih memerlukan pemantauan lanjut.

"Saya dan Azizah mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta terus dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara, insya-Allah," kata beliau. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif selepas selesai menjalani prosedur rawatan tersebut.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar (leadless pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN), 7 Ogos lalu.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, prosedur itu dilakukan susulan masalah ritma jantung tidak normal yang dialami Ahli Parlimen Bera berkenaan. - 9 Ogos, 2026

The post Anwar, Wan Azizah ziarah Fadillah Yusof dan Ismail Sabri di IJN appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved