PM, isteri lawat Fadillah dan Ismail Sabri di IJN

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PM, isteri lawat Fadillah dan Ismail Sabri di IJN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keadaan kesihatan Fadillah semakin baik, namun Timbalan Perdana Menteri itu masih memerlukan rehat secukupnya atas nasihat pasukan perubatan.

Sementara itu, Anwar berkata, kunjungannya dan isteri terhadap Perdana Menteri kesembilan itu dilakukan atas dasar persahabatan.

“Atas dasar persahabatan, kami turut menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga sedang menerima rawatan di IJN dan masih memerlukan pemantauan lanjut.

“Saya dan Azizah mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudah segala urusan rawatan serta terus dikurniakan keafiatan dan kekuatan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Fadillah akan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN dalam masa terdekat atas nasihat pasukan pakar perubatan.

Pada masa sama, Ismail Sabri dilaporkan selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) bagi merawat masalah degupan jantung tidak normal yang dihadapi beliau pada 7 Ogos lalu di IJN. – KOSMO! ONLINE

The post PM, isteri lawat Fadillah dan Ismail Sabri di IJN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved