Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 11:23 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isu Anwar Ibrahim DAP kembali jadi perhatian selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab dakwaan yang melabelkan dirinya sebagai alat Cina.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan tuduhan itu tidak berasas dan menjelaskan kerjasama beliau dengan DAP dibuat atas keyakinan terhadap integriti pemimpin parti berkenaan.

Anwar Ibrahim jawab dakwaan jadi alat Cina

Image from: Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP
Kredit Foto: DAP

Memetik laporan Malaysia Gazette, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata beliau tidak gentar dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Anwar turut membangkitkan soal tanah rizab Melayu dan menegaskan kerajaan pimpinannya telah memulihkan 50 hektar tanah rizab Melayu buat kali pertama dalam sejarah.

Negara ini boleh selamat dan boleh hebat. Syaratnya, hentikan rasisme, sikap pelampau. Kau nak tuduh aku ini alat Cina, kamu beritahu apa dia. Apa yang saya buat? Bagi pendidikan orang Cina, beritahu saya apa yang Anwar menyerah kepada Cina.

Sebab saya kawan dengan DAP? Bagi saya lebih selamat, lebih baik, lebih ada integriti kawan dengan DAP daripada parti Cina mereka.

Tanah rizab Melayu? Masa kamu perintah, tanah rizab Melayu terlepas. Masa kita perintah, tanah rizab Melayu kau lupa kita pulihkan 50 hektar untuk kali pertama dalam sejarah.

Ini adalah Kerajaan MADANI, Pakatan Harapan. Kita bagi tahu terus terang. Tetapi jangan halang pembangunan dan kemajuan masyarakat Cina.- Katanya.

Turut sentuh isu UEC dan UTAR

Image from: Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP

Anwar berkata Kerajaan Madani turut berjaya menyelesaikan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu atau UEC yang menurutnya sudah berlarutan selama beberapa dekad.

Beliau turut menyentuh mengenai bantuan kepada UTAR dan menjelaskan sokongan terhadap institusi pendidikan itu dibuat kerana ia memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu dan Cina.

Kritikan dalam gabungan kerajaan

anwar ibrahim
Kredit Foto: Janaan AI

Dalam masa sama, Anwar mengakui sebelum ini beliau cuba mengelak daripada mengulas isu melibatkan parti dalam gabungan kerajaan demi menjaga kestabilan negara.

Namun, beliau memilih untuk menjawab selepas menerima kritikan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata kelulusan pelanjutan pelepasan cukai selama 10 tahun kepada TAR UMT dibuat hasil usaha yang diperjuangkan MCA sejak sekian lama.

Pssttt! Dalam politik ni, tuduh-menuduh memang boleh jadi panas sekelip mata. Tapi yang rakyat nak tengok akhirnya tetap sama, siapa yang benar-benar selesaikan masalah dan bawa manfaat untuk semua.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Anwar Ibrahim Akui Lebih Selamat Berkawan Dengan DAP appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved