Anwar Ibrahim Difitnah Peluk Elizabeth Tan, Tuan Badan Perjelas Situasi Sebenar

14 Apr 2023 • 2:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Elizabeth Tan

Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan sebuah video tular yang menyebabkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah. Korang dah tengok video tu?

Video tersebut menunjukkan Anwar secara tidak sengaja melanggar Elizabeth Tan dalam satu Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media yang berlangsung beberapa hari lepas.

Video berkenaan telah disebarkan beberapa individu sehingga menyebabkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar tanpa mengetahui cerita sebenar.

Tanpa berdiam, Elizabeth Tan atau Lizzy tampil perjelas insiden tersebut di ruangan komen dan mengatakan dia sebenarnya yang undur ke belakang untuk rekod video sehingga melanggar Perdana Menteri ke-10 itu.

image is not available
Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Saya cuba dapatkan close up sikit. Tapi saya tak terfikir DS nak salam orang di depan saya.

Ya ini laju (sepantas kilat) gila sebab ramai orang. Ini pertama kali dapat jumpa, baru saya tahu situasinya macam mana.

Harap padam video ini. Nanti jadi bahan politik. Kasihanlah pada PMX, kena fitnah hari-hari.

Ramai yang salah faham, Lizzy yang tak sengaja tau. Jangan memandai-mandai buat tuduhan yang tak berasas.

Kredit: Instagram Elizabeth Tan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.