Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, semalam.
Anwar berkata, sebarang bentuk jenayah dan keganasan, khususnya terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.
Anwar Mahu Tindakan Tegas Terhadap Pelaku
Menurut Anwar, tindakan tegas perlu diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira latar belakang pelakunya.
View this post on Instagram
“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.”
“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, di sini hari ini.
Anggota Polis Putus Pergelangan Tangan Kanan Diserang Parang
Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun dilaporkan parah selepas pergelangan tangan kanannya putus akibat diserang menggunakan parang.
Mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kejadian berkenaan turut mendapat perhatian selepas ia membabitkan anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rombakan Kabinet? Anwar Beri Jawapan Ringkas - "Terlalu Awal..."
The post Anwar Ibrahim Kecam Serangan Terhadap Anggota Polis Hingga Putus Pergelangan Tangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






