"Alhamdulillah," Pembedahan Selama 8 Jam, Tangan Lans Koperal Thierry Berjaya Disambung

LocalHealth & Fitness
12 Nov 2026 • 7:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Alhamdulillah," Pembedahan Selama 8 Jam, Tangan Lans Koperal Thierry Berjaya Disambung

Pergelangan tangan milik seorang anggota polis yang terputus selepas ditetak oleh seorang warga asing telah berjaya disambung semula menerusi pembedahan selama lapan jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

Kejayaan pembedahan terhadap Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di Facebook.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas perkhabaran gembira mengenai kejayaan pembedahan penyambungan semula tangan (hand replantation) Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada pasukan pakar bedah, doktor, jururawat, dan seluruh petugas kesihatan HKL yang terlibat," katanya.

Baca juga:

Dzulkefly turut menzahirkan penghargaan khusus kepada pasukan Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri yang diketuai oleh Dr. Allan Ravi Rajagopal dan Dr. Aziz Sabbir Husain, atas kejayaan menyempurnakan prosedur lapan jam itu.

Menurutnya, ia menuntut ketelitian tahap tinggi menggunakan mikroskop pembedahan.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan Neurosurgeri HKL yang turut bekerjasama merawat kecederaan di bahagian kepala anggota polis itu.

"Dedikasi luar biasa dalam mengendalikan kes kecemasan mikrosurgeri yang sangat kompleks ini amat membanggakan negara. Ia sekali gus membuktikan kualiti perkhidmatan perubatan pelbagai disiplin (multidisiplin) di fasiliti kesihatan awam kita berada pada tahap yang cemerlang," ujarnya.

Image from: "Alhamdulillah," Pembedahan Selama 8 Jam, Tangan Lans Koperal Thierry Berjaya Disambung
Kredit: Dr Dzulkefly

Beliau turut mendoakan agar Lans Koperal Thierry diberikan kesembuhan.

"Kepada Lans Koperal Thierry, seluruh rakyat Malaysia terhutang budi atas keberanian dan pengorbanan saudara dalam mempertahankan keselamatan awam. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk memastikan saudara terus menerima rawatan rapi yang menyeluruh bagi menyokong pemulihan fungsi tangan pada tahap seoptimum mungkin.

"Sama-sama kita terus mendoakan agar Lans Koperal Thierry dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dan semoga ahli keluarganya diberikan ketabahan menghadapi ujian berat ini.

"Terima kasih PDRM, terima kasih wira-wira kesihatan negara," tambahnya.

Terdahulu, pergelangan tangan kanan anggota polis tersebut terputus selepas diserang seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang di sebuah premis kediaman di sekitar Desa Aman Puri, Kepong, semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved