Anwar Ibrahim Ketuai Delegasi Malaysia Ke APEC

Politics
7 Nov 2023 • 10:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan menghadiri sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri mendedahkan mendapat desakan daripada beberapa pihak untuk tidak menghadiri ke persidangan terbabit namun, beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

image is not available

“Jadi apakah disebabkan negara kita tidak bersetuju dengan isu (Palestin) ini, (kita) tidak akan hadir?

“Bagi saya keutamaan juga menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

“Maka setakat ini, saya memutuskan untuk hadir pesidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara Asia atas undangan Presiden (AS, Joe) Biden ke San Francisco,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)