Anwar Ibrahim Puji Keputusan BNM Turunkan OPR, Anggap Langkah Berhemah & Proaktif

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2025 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengejutkan ramai apabila bertindak menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Ini adalah perubahan pertama selepas 13 mesyuarat berturut-turut mengekalkan kadar pada 3.0% sejak Mei 2023.

Menurut Astro Awani, BNM berkata, keputusan ini dibuat sebagai langkah awal untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dalam persekitaran inflasi yang sederhana.

image is not available

BNM turut memaklumkan bahawa petunjuk global terkini menunjukkan ekonomi dunia terus berkembang, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh, pasaran buruh yang stabil, serta dasar fiskal dan monetari yang menyokong pertumbuhan.

BNM menambah bahawa prestasi ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada suku kedua tahun ini, didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh serta peningkatan eksport.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM tersebut berpandukan ujuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.

image is not available

Sumber : X 

Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan penerokaan pasaran baharu.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa reformasi di bawah agenda Ekonomi MADANI terus menunjukkan hasil positif.

Setakat Mei 2025, kadar inflasi negara berjaya turun kepada 1.2 peratus, yang terendah dalam tempoh lebih empat tahun. Pada masa sama, kadar penyertaan tenaga buruh juga mencapai rekod tertinggi iaitu 70.8 peratus, sekali gus mencerminkan kekuatan dan daya tahan ekonomi negara.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2025-07-09 15:45:05

Baru Tiba Di Malaysia Jam 2 Pagi, PMX Terus 'Turun' Mempengerusikan Mesyuarat AMM Di KLCC