“Penurunan OPR Adalah Langkah Berhemah Dan Proaktif” – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 7:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anwar ibrahim maha kaya

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pengurangan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Langkah ini dilihat sebagai tindakan berhemah dan proaktif bagi menangani cabaran ekonomi global pada masa kini.

“Kerajaan telah laksana pelbagai inisiatif sokongan” – Anwar Ibrahim

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan menyifatkannya sebagai satu keputusan yang dibuat berdasarkan analisa ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.

Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk PMKS dan penerokaan pasaran baharu.

Kali terakhir OPR pada paras ini adalah Mac 2023

image is not available

Untuk rekod, kali terakhir OPR berada pada paras 2.75 peratus adalah pada Mac 2023 sebelum dinaikkan kepada hampir tiga peratus pada Mei tahun yang sama.

Langkah terbaharu ini memberi ruang kepada pelbagai sektor, khususnya usahawan mikro dan PKS untuk kembali bernafas dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.

Pssttt! Dalam zaman ekonomi yang mencabar, penyesuaian kadar faedah boleh beri kelegaan kepada pengguna dan peniaga. Tapi bijaklah urus kewangan, jangan boros dan rancang dengan berhemah!

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.