Anwar Ibrahim Tegas Kekal Sekat Kemasukan Haram Jadah Israel

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 9:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Malaysia tetap berpegang dengan pendirian untuk menyekat kemasukan rakyat Israel walaupun menerima bantahan daripada beberapa Ahli Kongres Amerika Syarikat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan hak Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Menurut Anwar, setiap negara mempunyai hak untuk menentukan dasar sendiri tanpa dipengaruhi atau dicampuri oleh mana-mana pihak luar. Beliau turut menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan keputusan yang dibuat demi kepentingan negara.

Malaysia pertahan pendirian

anwar ibrahim

Memetik laporan Berita Harian, Anwar berkata beliau menerima kritikan daripada beberapa Ahli Kongres AS berhubung tindakan Malaysia menyekat kemasukan rakyat Israel ke negara ini.

Beberapa Ahli Parlimen Amerika telah membuat kenyataan menyelar saya kerana keputusan Malaysia menyekat kemasukan rakyat Israel ke dalam syarikat-syarikat dan sebagainya.Ia tidak menghalang.

Dia (Ahli Kongres AS) boleh membuat ugutan, tetapi saya akan tegas mempertahankan hak rakyat Malaysia dan keputusan yang dibuat rakyat Malaysia untuk tetap menghalang kehadiran mana-mana warga Israel di Malaysia.- Katanya.

anwar ibrahim

Sebelum ini, lapan Ahli Kongres AS menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Malaysia yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di negara ini.

Mereka ialah Greg Landsman, Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss daripada Parti Demokrat.

Isu kemanusiaan jadi asas

Image from: Anwar Ibrahim Tegas Kekal Sekat Kemasukan Haram Jadah Israel

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan pendirian Malaysia dibuat berdasarkan prinsip kemanusiaan, khususnya berkaitan kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin.

“Mana mungkin wakil rakyat negara mereka boleh memadam kenyataan mengenai pembunuhan anak-anak dan rakyat, wanita, kemusnahan rumah, menakluk negeri, dan tidak mampu bercakap apa-apa.

“Malaysia ini negara merdeka… kalau pun mereka yang bercakap itu tidak merdeka, tidak bebas menyuarakan, kita bebas menyuarakan,” katanya.

Hubungan dengan AS kekal baik

Anwar Ibrahim Donald Trump

Dalam masa sama, Anwar berkata isu berkenaan tidak seharusnya menjejaskan hubungan diplomatik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

AS memang sedia maklum dasar Malaysia ini sudah puluhan tahun. Jadi, saya tidak fikir ia patut menjejaskan.

Kita masih menerima baik rakyat Amerika dan perniagaan, pelaburan serta perdagangan AS. Kita mengekalkan hubungan baik dengan AS sepertimana kita adakan dengan negara lain.- Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

The post Anwar Ibrahim Tegas Kekal Sekat Kemasukan Haram Jadah Israel appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved