Malaysia Tetap Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel - PM Anwar

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 9:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Malaysia Tetap Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel - PM Anwar

Malaysia Tetap Tegas Sekat Kemasukan Warga Israel - PM Anwar

SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas keputusan itu.

Anwar berkata pendirian itu berasaskan prinsip mempertahankan hak rakyat serta menentang kezaliman, pencerobohan dan pembunuhan berterusan yang berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Baca juga:

Beliau berkata dasar menyekat kemasukan warganegara Israel ke Malaysia bukannya perkara baharu, sebaliknya telah dilaksanakan sejak puluhan tahun dan sepatutnya sudah sedia maklum oleh pihak AS.

“Beberapa Ahli Parlimen Amerika telah membuat kenyataan menyelar saya kerana keputusan Malaysia untuk menyekat kemasukan rakyat Israel dalam syarikat-syarikat dan sebagainya.

“Mereka boleh buat ugutan, tapi saya akan tegas pertahankan hak rakyat Malaysia dan keputusan yang dibuat untuk tetap menghalang kehadiran mana-mana warganegara Israel di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Rakan Muda di sini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved